Suka hati
July 27, 2009
Adalah sukacita dimaklumkan bahawa blog ini telah berpindah ke
……………………………………..
……………………………………..
Jangan risau , blog yang maken gareng menanti anda !!!
rahsia
July 5, 2009
Malam , ke kedai dvd haram sebentar
Belek2 dvd , abang dvd asyik2 merekomen transformer dengan syurga cinta , aku meluat
Tengah aku meneliti dvd2 haram yang menimbun , datang seorang wanita di tepi , aku usha , atas bawah
ingatan
June 21, 2009
Exam akan menjelang besok , aku gementar amat
Dulu ustaz aku , pernah bersyarah , jika hendak ingatan kuat , kurangkan lihat benda benda kotor dan kemaluan
Dan sepanjang minggu menelaah ini , banyak bab dalam subjek anatomi dan fisiologi yang telah aku telaah
Tapi ..
Kenapa hanya bab reproductive system saja yang aku power ??
deras
June 20, 2009
Tengah hari itu , suasana redup , berbeza dengan hari hari lain , sinaran suria dilindungi si awan
Dari jauh , aku sudah terlihat benda itu , kakiku dihayun laju
Masakan tidak aku mengejar benda itu , ia hanya boleh didapati hanya seminggu sekali
iltizam
June 13, 2009
Itu petang jumaat , tapi aku harus berkorban
Prinsip tidor enak petang jumaat , aku persetankan , aku nekad , penoh iltizam
Nota nota tebal tersusun kemas , buku tebal terdampar rapi , neskafe pekat terhidang untuk dinikmati
Ulangkaji !!
tertarik
June 7, 2009
Hujung minggu ini , keluargaku datang ke utara ini , dari selatan , bercuti , dan hari sabtu ini , kami ke salah satu destinasi percutian di perak
Tujuan utama aku , berseronok , di taman tema air , yang digembar gemburkan menarik , namun , hanya sepuloh minit diperlukan , aku berase bosan
Selesai berseronok , yang sungguh minimal keseronokannnya , berjalan , tup , bapakku dan aku , terperasan satu benda yang menarik …
hilang
June 6, 2009
Ini kesah silam , ini kesah kecik kecik , ini kesah zaman baru mumaiz
Tika itu zaman sekolah rendah , waktu itu , masa senggang aku diisi dengan main pemadam , namun suatu hari , sahabat aku , kurus kurus anatominya, berkata , hobi aku pra matang , budak budak katanya , pale hotak die , dah memang aku budak budak
Dia syorkan hobinya , untuk dicuba aku , dia cakap boleh buat duit , KUMPUL SETEM !!